Kelab TM MSC

cawangan Kelab TM Selangor

~ Hari Keluarga TM MSC 2008

17 Januari 2009

Wet World, Shah Alam

Setelah bekerja keras dan bertungkus-lumus, akhirnya pada 17 Januari 2009 yang lalu, Kelab TM Selangor Cawangan MSC dengan kerjasama semua unit pengurusan di kawasan MSC telah berjaya menjalankan program  ’Hari Keluarga TM MSC 2008’ yang bertempat di Taman Tema Air Wet World, Shah Alam. Ia telah dirasmikan oleh En Zulkapli Mustafa, Pengurus Besar Jualan, TM MSC merangkap Penasihat Program pada jam 9.15 pagi  dengan diiringi oleh tetamu VIP , En Muhammad Iqbal Johari, Bendahari Kehormat Kelab TM Selangor dan juga Pengurus Besar SAC, Tuan Hj Salleh.

Pengurus Besar TM MSC

Seramai 171 orang Anggota berserta dengan ahli keluarga masing- masing telah hadir ke program ini. Pelbagai acara menarik telah disediakan, antaranya poco-poco, sukaneka (dewasa dan kanak-kanak) serta 100 hadiah cabutan bertuah. Sebagai kemuncak acara, 5 hadiah cabutan bertuah utama telah diberikan kepada para anggota yang terpilih.

  
Hadiah-Hadiah Cabutan Bertuah

Sekitar acara poco-poco pada Hari Keluarga TM MSC 2008

Program berakhir pada jam 2.00 petang.

* Terima kasih kepada semua anggota TM MSC terutama kepada ahli jawatankuasa yang telah dilantik daripada unit masing-masing kerana telah menjalankan tugas dengan baik sekali. Diharap kerjasama seperti ini dapat dikekalkan untuk melaksanakan program Hari Keluarga yang akan datang.

Lain-lain gambar  : Album Hari Keluarga TM MSC 2008

Sekian, Terima Kasih dan Salam Hormat,

DISEDIAKAN OLEH :

SEKRETARIAT
Kelab TM Selangor Cawangan MSC
Sesi 2009-2011
 

November 22, 2009 - Posted by | Biro Kebajikan & Sosial, TM MSC

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: