Kelab TM MSC

cawangan Kelab TM Selangor

~ Majlis Apresiasi Kelab TM MSC

5 Februari 2009

Kelab Tasik Putrajaya

Majlis Apresiasi Kelab TM Selangor Cawangan MSC telah diadakan bertempat di Kelab Tasik Putrajaya. Tujuan majlis tersebut adalah bagi meraikan ahli-ahli jawatankuasa (AJK) Program Hari Keluarga TM MSC 2008 yang telah bertungkus-lumus bagi menjayakan program tersebut pada 17 Januari 2009 yang lalu. Selain daripada itu ia juga diadakan bertujuan meraikan Majlis Perpisahan Presiden Kelab TM Selangor Cawangan MSC, En Zulkapli Mustafa yang juga Pengurus Besar Jualan TM MSC yang akan bertukar ke bahagian lain. Seramai kira-kira 70 orang AJK telah hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Berbagai juadah makan tengahari disediakan bagi para hadirin menjamu selera. Majlis ini telah dihadiri oleh tetamu VIP iaitu En Hawari Musa selaku Setiausaha Kehormat dan En Muhammad Iqbal Johari, Bendahari Kehormat dari Kelab TM Selangor.

Meja VIP

Antara Tetamu VIP yang hadir

Dan sebagai kemuncak acara, sesi penyampaian penghargaan telah diberikan kepada AJK yang hadir. Tidak dilupakan, sesi penyampaian hadiah penghargaan sebagai tanda terima kasih dan perpisahan kepada Presiden Kelab TM Selangor Cawangan MSC mengiringi penutupan majlis pada hari tersebut.

Sesi Penyampai Penghargaan Kepada AJK
Penyampaian Hadiah Penghargaan sebagai Tanda Terima Kasih
kepada Presiden Kelab TM MSC

Lain-lain gambar  : Album Majlis Apresiasi TM MSC

Sekian, Terima Kasih dan Salam Hormat,

DISEDIAKAN OLEH :

SEKRETARIAT
Kelab TM Selangor Cawangan MSC
Sesi 2009-2011

December 6, 2009 - Posted by | Sekretariat, TM MSC

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: