Kelab TM MSC

cawangan Kelab TM Selangor

~ KASTEL 2009 – Sana..Sini..Kejohanan…

9 Mei 2009  sehingga 8 Julai 2009

Sekitar Selangor

Biro Sukan, Kelab TM Selangor telah mengadakan sesi pemilihan bagi mencari pemain-pemain yang berpotensi bagi mewakili Kontigen TM Selangor ke Karnival Sukan TM 2009 (KASTEL 2009) yang berlangsung di Kuantan, Pahang. Berbagai aktiviti pertandingan bagi setiap kategori sukan telah diadakan sepanjang bulan Mei 2009 sehingga Jun 2009 bagi mencari wakil disamping mencungkil bakat-bakat muda untuk dijadikan pelapes bagi generasi akan datang.

Antara pertandingan yang telah dijalankan :

KEJOHANAN BADMINTON KELAB TM SELANGOR

9 Mei 2009 : Pusat Sukan Tertutup MMU, Cyberjaya

Kelab TM MSC telah menghantar wakil bagi kategori : 

1. Lelaki Terbuka : 5 pasangan beregu

2. Lelaki Veteran : 4 pasangan beregu

3. Wanita           : 1 pasangan beregu

Keputusan  : Pasangan bergu Lelaki Veteran dari Kelab TM MSC berjaya menduduki tempat kedua dalam pertandingan tersebut dan seterusnya terpilih mewakili TM Selangor ke KASTEL 2009.  

 * Azhari Abu Bakar

* Ahmad Tarmizi Abdul Aziz

KEJOHANAN SEPAKTAKRAW, PINGPONG DAN DART, KELAB TM SELANGOR

 21 Jun 2009 : Kompleks Sukan MMU, Cyberjaya

 Kelab TM MSC telah menghantar wakil bagi setiap kategori sukan berikut :

1. Sepaktakraw      :  1 pasukan

2. Dart                  :   3 orang pemain

3. Ping Pong          :  6 pasangan beregu (Double Lelaki) & 6 pemain (Single Lelaki)

Keputusan : Kelab TM MSC berjaya menduduki tempat Naib Johan dalam acara Sepaktakraw, Johan untuk Ping Pong Single Lelaki , Johan, Naib Johan dan Tempat ke-3 untuk Ping Pong Double Lelaki.

* Sepaktakraw          : Ahmad Zuhore Ashoree Mohd Zaki, Azhari Abu Bakar, Khairul Nizam Ali, Sukor Dewa

*Ping Pong Single     : Abdul Adzim Abdul Rashid (terpilih ke KASTEL 2009)

*Ping Pong Double   : Johan – Kassim Mohamed & Abdul Adzim Abdul Rashid (terpilih ke KASTEL 2009)

                                 : Naib Johan – Ahmad Mazlan & Mazlan Aziz

                                 : Tempat ketiga – Mohd Saat & Mohd Aizat

KEJOHANAN BOLATAMPAR LELAKI KELAB TM SELANGOR

27 Jun 2009 : Dewan Bolatampar MBSA, Seksyen 4 Shah Alam

Kelab TM MSC telah menghantar 1 pasukan sahaja .Walau bagaimanapun pasukan tersebut tidak berjaya menduduki sebarang tempat dalam kejohanan tersebut.

KEJOHANAN BOWLING LELAKI DAN WANITA KELAB TM SELANGOR

4 Julai 2009 : Ampang Super Bowl, The Summit Subang USJ

Kelab TM MSC telah menghantar seramai 19 orang peserta bagi menyertai Kejohanan Bowling ini.

1. Lelaki    : 17 orang

2. Wanita  : 2 orang

Keputusan  : Kelab TM MSC berjaya menjadi Johan bagi kategori Wanita dan Tempat ke-7 bagi kategori Lelaki.

* Lelaki   : Saiful Bahri Maliki

* Wanita : Norzaiti

SESI PEMILIHAN PEMAIN PASUKAN BOLA JARING PANTAI KELAB TM SELANGOR 2009

8 Julai 2009 : Padang Property, Shah Alam

Bagi sesi pemilihan pemain Bola Jaring Pantai, tiada kejohanan dibuat tetapi diteruskan dengan sesi pemilihan yang telah dibuat di Padang Property, Shah Alam. Seramai lebih kurang 24 orang telah hadir ke sesi pemilihan tersebut. 3 orang daripada Kelab TM MSC juga telah hadir ke sesi tersebut, namun hanya seorang sahaja yang terpilih antara mereka yang berjaya untuk memasuki senarai sepuluh pemain terbaik pasukan Bola Jaring Pantai Kelab TM Selangor bagi melayakkan diri ke KASTEL 2009. Walau bagaimanapun, terima kasih kepada mereka yang telah hadir dengan penuh semangat ke sesi pemilihan tersebut.

** Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya memenangi acara yang dipertandingkan dan seterusnya berjaya mewakili bagi pihak Kelab TM Selangor ke KASTEL 2009. Kepada mereka yang tidak berjaya, cuba lagi pada tahun hadapan…..

Sekian, Terima Kasih dan Salam Hormat,

DISEDIAKAN OLEH :

SEKRETARIAT
Kelab TM Selangor Cawangan MSC
Sesi 2009-2011

December 13, 2009 - Posted by | Biro Sukan, TM Selangor

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: