~ Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat TM MSC / Cyberjaya 2009
Kawasan Letak Kereta, Kompleks TM Cyberjaya.
Buat julung-julung kalinya, TM MSC telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya di Peringkat TM Cyberjaya untuk setiap anggota yang berkhidmat di TM MSC Business Area dan di sekitar Kompleks TM Cyberjaya sendiri. Objektif majlis ini diadakan adalah bagi mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan anggota TM di kawasan ini di mana jangkaan keseluruhan anggotanya kini mencecah 1 ribu anggota. Penyediaan majlis ini adalah dijalankan secara ‘collective’ di mana setiap Anak Syarikat / Unit / Kelab yang beroperasi di kawasan ini bekerjasama dalam menyediakan juadah untuk ke semua anggota yang hadir. Pertandingan Gerai Tercantik juga telah diadakan dan dimenangi oleh Unit Customer Service Management (CSM), MSC.
Gerai CSM Sesi Penyampaian Hadiah Gerai Tercantik
Kelab TM Selangor Cawangan MSC juga tidak terkecuali dalam mengambil bahagian dengan menyediakan juadah Murtabak Daging.
Gerai Kelab TM MSC Murtabak Daging
* Hiasan kami ala kadar je…tak sempat nak berhias beria-ria..apa-apa pun thanks pada mereka yg telah membantu menghias gerai Kelab TM MSC yang tak seberapa itu…^_^*
Antara mereka yang membantu di gerai Kelab TM MSC :
Terima kasih kepada semua yang telah membantu pada hari tersebut.
* Gambar ihsan daripada En Faizul Transmission dan Kelab TM MSC sendiri.
Sekian, salam hormat.
DISEDIAKAN OLEH :
SEKRETARIAT Kelab TM Selangor Cawangan MSC Sesi 2009-2011No comments yet.
Leave a Reply