Kelab TM MSC

cawangan Kelab TM Selangor

~ Majlis Tazkirah dan Solat Hajat Sempena SPM/STPM 2009

12 November 2009

Surau Al-Falah, Kompleks TM Cyberjaya

Pada 12 November 2009, Rabu bertempat di Surau Al-Falah, satu Majlis Tazkirah dan Solat Hajat Sempena Peperiksaan SPM & STPM 2009  telah dianjurkan oleh pihak Biro Pendidikan & Intelektual, Kelab TM Selangor Cawangan MSC dengan kerjasama daripada Pihak AJK Surau Al-Falah, TM Cyberjaya. Ianya adalah terbuka kepada semua ahli Kelab TM MSC khususnya dan kakitangan TM MSC amnya.

Pihak Biro juga telah menjemput Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman selaku penceramah bagi menyampaikan Tazkirah serta memimpin para jemaah dalam menunaikan Solat Hajat.  Tajuk Tazkirah yang telah disampaikan oleh beliau ialah ‘Panduan Pendidikan Ibu Bapa dalam Membentuk Generasi Muda.’

  • Menambah pengetahuan ilmu agama.
  • Memanfaatkan pengetahuan yang diterima.
  • Mengadaptasikan melalui pembelajaran di tempat kerja dan di mana sahaja.
  • Berkongsi pengetahuan yang diperolehi.
  • Mengeratkan hubungan silaturahim dikalangan anggota TM.
  • Sebagai dorongan untuk memotivasikan anak-anak dan keluarga.
  • Sebagai motivasi untuk meningkatkan prestasi kerja dikalangan anggota.
  • Memupuk ummah bagi meningkatkan kepercayaan dan keyakinan kepada Allah s.w.t.
  • Menambah pahala. 

Pihak Biro juga telah menyediakan makan tengahari kepada para jemaah yang hadir. Seramai lebih kurang 80 anggota TM / ahli Kelab TM MSC yang telah hadir ke majlis ini.

Aktiviti-aktiviti yang dirancangkan memang memerlukan peruntukkan yang sewajarnya memandangkan amal jariah tidak boleh dijualbeli. Keberkatan dari aktiviti ini sedikit sebanyak dapat menambah pengetahuan disamping memupuk silaturrahim sesama insan.

Sekian, salam hormat.

DISEDIAKAN OLEH :

SEKRETARIAT
Kelab TM Selangor Cawangan MSC
Sesi 2009-2011
 

 

 

January 16, 2010 - Posted by | Biro Pendidikan & Intelektual, TM MSC

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: