Kelab TM MSC

cawangan Kelab TM Selangor

~ Bengkel ‘Team Building & Financial Planning’ Kelab TM Malaysia, Pulau Sibu Mersing

14-17 Ogos 2009
Pulau Sibu, Mersing Johor

Bengkel ‘Team Building & Financial Planning’ telah dianjurkan oleh Biro Pendidikan & Intelektual, Kelab TM Malaysia dan telah diadakan di Sibu Island Resort, Mersing Johor selama 3 hari 2 malam. Tujuan utama program ini diadakan adalah :

  1. Untuk membimbing, mendidik dan menerap nilai-nilai ‘Perancangan Kewangan Harian’ dalam diri peserta yang akhirnya diterjemahkan kepada kerja-kerja harian di Syarikat.
  2. Menerapkan nilai ” Semangat Kerja Berpasukan” dengan mengenepikan ego individu. Ini membolehkan mereka bekerja dalam harmoni dan mewujudkan saluran komunikasi dua hala agar dapat berkongsi pendapat, idea dan juga kejayaan.
  3. Mendidik anggota baru sebagai “Pelapis” kepada yang sedia ada dengan mengamalkan perasaan saling menghormati dalam semua urusan kerja dan berkomunikasi tanpa mengira jawatan ataupun pangkat.

Seramai 50 orang peserta terdiri daripada Exco Kelab Negeri dan Kelab TM Malaysia yang baru (new blood) yang dipanggil hadir pada bengkel tersebut. Seramai 4 orang peserta telah dipilih daripada kelab cawangan TM Selangor yang terdiri daripada 2 wakil dari Kelab TM Selangor Cawangan Selangor Barat dan 2 orang lagi merupakan wakil dari Kelab TM Selangor Cawangan MSC sendiri iaitu :

  • Cik Maizatul Akhmar Mohd Isa              Pen Setiausaha Kehormat, Kelab TM Selangor Cawangan MSC
  • Cik Siti Zufarina Zulkupli                      Ahli Jawatankuasa, Biro Rekreasi, Kelab TM Selangor Cawangan MSC

    

      Semasa Makan Malam Majlis Penutup                                    Sesi Membuat Rakit

Tahniah kepada mereka yang terpilih.

Sekian, salam hormat.

DISEDIAKAN OLEH :

SEKRETARIAT
Kelab TM Selangor Cawangan MSC
Sesi 2009-20011
 

January 16, 2010 - Posted by | Biro Pendidikan & Intelektual, TM Selangor

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: