Kelab TM MSC

cawangan Kelab TM Selangor

~ Jemputan Kejohanan Badminton Kelab TM MSC 2010

KEJOHANAN BADMINTON KELAB TM MSC 2010 (BERGU) – TERBUKA & VETERAN LELAKI DAN TERBUKA WANITA

Sukacita dimaklumkan bahawa Biro Sukan di bawah KELAB TM SELANGOR  CAWANGAN MSC akan menganjurkan KEJOHANAN BADMINTON KELAB TM MSC 2010 pada :

TARIKH : 6 MAC 2010 (SABTU)
TEMPAT : PRIMA AVENUE 4, CYBERJAYA (Bersebelahan Restoran Padi & Cyberjaya Old Town Kopitiam)
KATEGORI : LELAKI  (Terbuka & Veteran) DAN WANITA (Terbuka)
MASA : 9.00 PAGI – 3.00 PETANG

SYARAT PENYERTAAN :

  • Yuran Penyertaan            : RM 20 / bergu.
  • Terbuka kepada semua Anggota TM MSC (Lelaki dan Wanita) yang berkhidmat di sekitar kawasan MSC DAN juga menjadi ahli Kelab TM Selangor Cawangan MSC.
  • Hadiah-hadiah akan diberikan kepada pasukan-pasukan yang muncul sebagai Johan, Naib Johan (Wang Tunai & Medal) dan Tempat ke-Tiga & ke-Empat ( Medal).
  • Makanan tengahari disediakan oleh pihak penganjur untuk kesemua peserta.

Oleh itu, pihak Kelab TM Selangor Cawangan MSC ingin menjemput setiap Anggota TM MSC yang menjadi AHLI Kelab TM Selangor Cawangan MSC untuk menyertai pertandingan ini dengan menghantar nama menggunakan borang penyertaan yang telah dilampirkan. Disertakan sekali Undang-Undang dan Poster Kejohanan untuk makluman semua.

Download : UNDANG-UNDANG BADMINTON TM MSC

Adalah dimaklumkan bahawa TARIKH AKHIR PENYERTAAN dan penerimaan borang penyertaan adalah pada atau sebelum 25 FEBUARI 2010 (KHAMIS) – pada atau sebelum jam 5 petang

Borang penyertaan dan bayaran hendaklah dihantar kepada wakil Biro Sukan Kelab TM Selangor Cawangan MSC berikut :

1) Azhari Abu Bakar   013-350 3600   FAX : 03-8890 3288
2) Maizatul Akhmar Mohd Isa   019-287 2603   FAX : 03-8320 2121
3) Siti Farashidah Othman    013-363 2177   FAX : 03-8320 2121
4) Kassim Mohamed      013-362 1210    FAX : 03- 8075 8767

Borang boleh didapati di sini :

1) Download : BORANG PENYERTAAN BADMINTON KTM MSC 2010

Pihak Kelab TM MSC amatlah berharap agar anggota-anggota TM MSC terutamanya mereka yang menjadi ahli kelab agar dapat bersama-sama melibatkan diri dalam aktiviti ini. 

** Kelab TM Selangor Cawangan MSC mengadakan sistem merit di mana kami akan memberikan merit (points) kepada mana-mana ahli Kelab TM Selangor Cawangan MSC (anggota TM MSC) yang mewakili kelab untuk menyertai mana-mana aktiviti sukan / aktiviti lain anjuran Kelab. Langkah ini dibuat untuk menggalakakan anggota lebih aktif dalam menyertai aktiviti seperti ini dan mengharumkan nama TM Selangor cawangan MSC sebagai satu kelab cawangan yang bergiat aktif. Sebelum Hari Keluarga Kelab TM Selangor Cawangan MSC yang akan diadakan pada tahun ini, ahli-ahli yang telah bergiat aktif dan mendapat merit yang tinggi serta mengharumkan nama kelab akan dikenalpasti dan akan diberikan penghargaan.

Sekian, terima kasih.

DISEDIAKAN OLEH :

SEKRETARIAT
Kelab TM Selangor Cawangan MSC
Sesi 2009-2011
 

February 11, 2010 - Posted by | Biro Sukan, TM MSC

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: