Kelab TM MSC

cawangan Kelab TM Selangor

~ Hari Keluarga TM MSC 2009

6 Februari 2010
Desa Waterpark, Taman Danau Desa

TM MSC telah menganjurkan Hari Keluarga TM MSC 2009 bertempat di Desa Waterpark, Taman Danau Desa pada 6 Februari 2010 yang telah disertai oleh seramai 229 orang anggota beserta dengan ahli keluarga masing-masing (Jumlah keseluruhan yang hadir seramai 834 orang) telah hadir pada hari tersebut seawal jam 8.00 pagi.

 

Hari Keluarga TM MSC 2009 ini telah dirasmikan oleh Pengurus Besar Negeri, Rozlan Mohamed dan diiringi dengan tetamu kehormat yang terdiri daripada Muhammad Iqbal Johari (Bendahari Kehormat,Kelab TM Selangor), Pauzi Che Mat (Pengerusi NUTE, PJ/MSC) dan Alam Shah Musa (Setiausaha NUTE, PJ/MSC).

    

Sempena dengan Hari Keluarga tersebut, bagi memeriahkan acara Hari Keluarga TM MSC 2009 telah diadakan senamrobik dan poco-poco, pertandingan sukaneka untuk kategori Kanak-Kanak dan Dewasa, Treasure Hunt dan juga 135 hadiah Cabutan Bertuah.

   

      

Pemenang bagi hadiah Cabutan Bertuah Utama, Samsung 32’ LCD TV  telah dimenangi oleh Shaharani Hashim dari unit AND MSC.  Semua hadiah telah disampaikan oleh Pengurus Besar dan diiringi oleh Pengarah Program Hari Keluarga TM MSC 2009, Tirmizie Ab Mutalib. 

   

Di program yang sama pihak Kelab TM Selangor Cawangan MSC telah mengadakan Majlis Penyampaian Anugerah Ahli Kelab Paling Aktif Tahun 2009 dan telah dimenangi oleh Kassim Mohamed bagi Kategori Lelaki dan Maizatul Akhmar Mohd Isa bagi Kategori Wanita. 

 

* dapat voucher All Parks ke Sunway Lagoon untuk 4 orang….:)

Terima kasih juga kepada semua yang telah hadir dan terutama kepada unit-unit yang terlibat, Pengarah dan Sub-AJK yang telah banyak membantu dalam menjayakan Hari Keluarga TM MSC 2009 kali ini. Semoga kerjasama sedemikian dapat diteruskan untuk Hari Keluarga TM MSC 2010 akan datang.

 

Lain-lain Gambar :

1) Album Hari Keluarga TM MSC 2009 – Siri 1
2) Album Hari Keluarga TM MSC 2009 – Siri 2
3) Album Hari Keluarga TM MSC 2009 – Siri 3
4) Album Hari Keluarga TM MSC 2009 – Siri 4
5) Album Hari Keluarga TM MSC 2009 – Siri 5

 

Sekian, terima kasih dan salam hormat…

DISEDIAKAN OLEH :

SEKRETARIAT
Kelab TM Selangor Cawangan MSC
Sesi 2009-2011
 
 

March 1, 2010 - Posted by | Biro Kebajikan & Sosial, Sekretariat, TM MSC

1 Comment »

  1. tahniah sebab dapat jayakan family day… tapi nampaknya dah 2 tahun berturut2 lewat buat buat family day. family day 2008 buat dlm tahun 2009 & family day 2009 buat dlm tahun 2010. boleh tak buat family day 2010 dlm tahun 2010 juga???? AJK perlu buat kick off meeting sebelum bulan Mei 2010 kalau nak buat family day tahun ni juga….

    Comment by ahli jakun | April 5, 2010 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: