Kelab TM MSC

cawangan Kelab TM Selangor

~ Jemputan Kejohanan Ping Pong, Sepak Takraw dan Dart, KTMS 2010

Warga TM MSC yang dihormati,   

KEJOHANAN PINGPONG, SEPAKTAKRAW DAN DART, KELAB TM SELANGOR 2010  

Untuk makluman semua, Biro Sukan Kelab TM Selangor akan menganjurkan “KEJOHANAN PINGPONG, SEPAK TAKRAW DAN DART, KELAB TM SELANGOR 2010” yang akan diadakan pada tarikh dan tempat berikut :

Tarikh : 27 MAC 2010 (SABTU)
Masa : 9 pagi – 5 petang
Tempat : Kompleks Sukan TM Bukit Raja
   Meru, Klang

Tarikh Tutup Penyertaan adalah pada 13 Mac 2010.  

1) Pingpong : RM 5 / individu, RM 10 / bergu
2) Sepak takraw : RM 25 / pasukan
3) Dart : RM 5 / individu
  • Paskad Kakitangan Dilampirkan Bersama Borang Pendaftaran Pemain. Terbuka kepada Anggota TM DAN menjadi Ahli Kelab TM Selangor yang berkhidmat di sekitar Negeri Selangor SAHAJA (Lelaki).
  • Hadiah berupa Wang Tunai dan Medal kepada Johan, Naib Johan dan Medal tempat ke-3 dan ke-4.
  • Kepada mana-mana pemain / pasukan dari TM MSC yang menduduki Johan, Naib Johan atau tempat ke-3 dalam pertandingan tersebut, pihak Kelab TM Selangor Cawangan MSC akan menaja yuran penyertaan pasukan / individu yang terlibat (refundable – boleh claim selepas perlawanan)

Untuk itu, pihak penganjur bersama-sama Kelab TM Selangor Cawangan MSC ingin menjemput seluruh warga TM MSC yang berminat untuk menyertai pertandingan ini. Mereka yang berminat boleh menghantar nama menggunakan borang penyertaan yang telah dilampirkan. Disertakan sekali undang-undang  bagi setiap permainan.  

Pinpong :  

Muat Turun Borang :  

  1. BORANG PENYERTAAN PING PONG KTMS 2010 – DOUBLE
  2. BORANG PENYERTAAN PING PONG KTMS 2010 – SINGLE

Undang-undang : UNDANG PING PONG 2010  

Sepak Takraw:  

Muat turun Borang : BORANG PENYERTAAN TAKRAW KTMS 2010  

Undang-undang : UNDANG takraw 2010  

Dart :  

Muat Turun Borang : BORANG PENYERTAAN DART KTMS 2010  

Undang – undang : UNDANG DART 2010  

Kepada sesiapa yang berminat boleh menghantar borang penyertaan dan membuat pembayaran terus kepada wakil Biro Sukan, Kelab TM Selangor Cawangan MSC berikut: 

1) Azhari Abu Bakar   013-350 3600   FAX : 03-88903255
2) Siti Farashidah Othman    013-363 2177   FAX : 03-8320 2121
3) Kassim Mohamed      013-362 1210    FAX : 03- 8075 8767

 Bagi pihak Biro Sukan Kelab TM Selangor Cawangan MSC berharap agar mendapat penyertaan daripada warga TM bagi mewakili Kelab TM Selangor Cawangan MSC. Kerjasama dan sokongan daripada semua pihak amatlah dialu-alukan bagi menjayakan kejohanan ini. 

** Kelab TM Selangor Cawangan MSC mengadakan sistem merit di mana kami akan memberikan merit (points) kepada mana-mana ahli Kelab TM Selangor Cawangan MSC (anggota TM MSC) yang mewakili Kelab untuk menyertai mana-mana aktiviti sukan / aktiviti lain anjuran Kelab. Langkah ini dibuat untuk menggalakkan anggota lebih aktif dalam menyertai aktiviti seperti ini dan mengharumkan nama TM Selangor Cawangan MSC sebagai salah satu kelab cawangan yang bergiat aktif. Sebelum Hari Keluarga TM MSC yang akan diadakan pada tahun ini, ahli-ahli yang telah bergiat aktif dan mendapat merit yang tinggi serta mengharumkan nama kelab akan dikenalpasti dan akan diberikan penghargaan. 

 Sekian, salam hormat.  

DISEDIAKAN OLEH :  

SEKRETARIAT
Kelab TM Selangor Cawangan MSC
Sesi 2009 – 2011

March 10, 2010 - Posted by | Biro Sukan, TM Selangor

2 Comments »

  1. keputusan pertandingan ini ada tak?…. biro sukan boleh update tak?

    Comment by azmi | April 5, 2010 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: