Kelab TM MSC

cawangan Kelab TM Selangor

~ BERITA SELANGOR : Karnival Sukan TM 2010 (KASTEL), Johor Bahru

  

 

22-25 JULAI 2010
BANDARAYA JOHOR BAHRU

Kelab TM Selangor telah menyertai Karnival Sukan Tahunan, KASTEL 2010 yang dianjurkan oleh Kelab TM Johor bertempat di Dataran Bandaraya Johor Bahru, Johor dari 22 hingga 25 Julai 2010. Acara yang berlangsung selama 3 hari ini telah menarik penyertaan seramai 1,300 anggota TM dari seluruh Malaysia. Acara ini yang dianjurkan setiap tahun oleh Kelab TM dengan objektif untuk menghimpunkan anggota-anggota dari pejabat TM di seluruh negara bagi merapatkan silaturahim sesama anggota justeru menerapkan perpaduan dan semangat berdaya saing di kalangan anggota TM.

Majlis pembukaan Karnival Sukan TM ini telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Haji Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor. Turut hadir di majlis tersebut ialah Dato’ Seri Zamzamzairani Mohd Isa; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, En Mohd Khalis Abdul Rahim; Ketua Pegawai Modal Insan yang juga Presiden Kelab TM Malaysia, En Mohd Roslan Mohd Rashidi; Pengurus Besar Negeri, TM Johor yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Karnival Sukan TM (KASTEL) 2010, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Johor, serta pegawai kerajaan Johor dan barisan pengurusan kanan Kumpulan TM.

Sejumlah 14 kontigen yang diwakili oleh anggota-anggota TM dari semua negeri di Malaysia telah mengambil bahagian dalam 10 acara sukan yang dipertandingkan iaitu bola sepak, bola tampar, bola jaring, badminton, boling, sepak takraw, dart, ping pong, golf serta cabaran marathon Tanjung Puteri.

Kontigen Selangor yang diwakili oleh 85 atlit dan 10 pegawai telah mencatatkan pencapaian yang sangat memberansangkan di Kejohanan Sukan TM (KASTEL) 2010 ini. Kontigen Selangor, yang dipimpin oleh En Rozlan Mohamed; Pengurus Besar TM MSC, selaku Ketua Kontigen, menduduki tempat ke-3 dengan pungutan 2 pingat emas, 1 pingat perak dan 2 pingat gangsa dengan menyumbangkan pungutan sebanyak 15  mata. Tempat pertama dimenangi oleh Kontigen Ibu Pejabat yang mengutip sebanyak 24 markah dan disusuli dengan Sabah di tempat kedua dengan pungutan sebanyak 22 markah. Pencapaian ini memperbaiki kedudukan Kelab TM Selangor dari tempat ke-8 pada KASTEL 2009 yang telah diadakan di Kuantan, Pahang tahun lepas.

Kontigen Selangor memungut pingat Emas melalui acara Sepak Takraw dan Golf, pingat Perak melalui Bola Jaring sementara pingat Gangsa disumbangkan oleh acara Boling dan Marathon (Jadual 1).

JADUAL 1 : KASTEL 2010 Pungutan Pingat Mengikut Acara

Pasukan Golf telah muncul sebagai pasukan yang paling menyerlah dengan pencapaian pingat Emas berbanding pingat Gangsa yang telah disasarkan pada peringkat awal terdahulu. Sementara pasukan Sepak Takraw, Boling dan Marathon mencatatkan pencapaian sebagaimana yang telah disasarkan terdahulu (Jadual 2). 

JADUAL 2 : KASTEL 2010 Sasaran dan Pencapaian Mengikut Pasukan 

Laporan Keseluruhan boleh dilihat di sini : Laporan KASTEL 2010

    

                           Bola Sepak                                                                     Bola Jaring

    

                              Ping Pong                                                                   Badminton

   

                             Boling                                                                            Half Marathon

     

                            Sepak Takraw                                                                 Golf

    

                               Bola Tampar                                                             Dart

Berikut merupakan senarai nama Pegawai dan Peserta dari Kelab TM Selangor Cawangan MSC yang terlibat/terpilih bagi mewakili TM Selangor ke KASTEL 2010:

BIL NAMA UNIT ACARA
1 EN ROZLAN MOHAMED PENGURUS BESAR, TM MSC KETUA KONTIGEN / GOLF VIP
2 CIK MAIZATUL AKHMAR MOHD ISA BUSINESS SUPPORT TM MSC PEGAWAI KONTIGEN / BOLING VIP
3 EN THAMOTHARAN A/L MUTHUSAMY ND MSC PEGAWAI KONTIGEN 
4 PN NOOR AIDAWATI MOHD ALI SAC BOLA JARING
5 CIK NOOR FARIZA MOHD PUZI SAC BOLA JARING
6 EN SAMAT BIN BUAYURIN RNO KINRARA, MSC BOLA SEPAK
7 EN N. KUMARAN RNO KINRARA, MSC BOLA SEPAK / HALF MARATHON
8 EN ILMAR QALBI RAMLI TM ENTERPRISE BOLA SEPAK
9 EN AZHARI ABU BAKAR ANOC PENGURUS BADMINTON / HALF MARATHON
10 EN AHMAD TARMIZI ABDUL AZIZ ANOC BADMINTON
11 EN SAHADEVAN A/L BALAKRISHNAN ANOC BADMINTON
12 CIK NORAFIZA ISHAK SAC BADMINTON
13 EN SAIFULZAMAN JAAFAR FINANCE MSC PENGURUS PING PONG
14 EN ABDUL ADZIM ABD RASHID SAC PING PONG
15 EN KASSIM MUHAMED RNO KINRARA, MSC PING PONG
16 HJ AHMAD MAZLAN ABDUL MANAN SAC PING PONG
17 EN HAFIZI ABDUL JALIL TAB PING PONG
18 EN MOHD SAIPUL KIPLI ABUS KHARI IPNOC BOLING / BOLING VIP

Tahniah SELANGOR…dan juga kepada mereka yang telah terpilih.

Lain-Lain Gambar :

1) Album Karnival Sukan TM (KASTEL) 2010 – Siri 1
2) Album Karnival Sukan TM (KASTEL) 2010 – Siri 2
3) Album Karnival Sukan TM (KASTEL) 2010 – Siri 3
4) Album Karnival Sukan TM (KASTEL) 2010 – Siri 4
5) Album Karnival Sukan TM (KASTEL) 2010 – Siri 5

DISEDIAKAN OLEH:

SEKRETARIAT
Kelab TM Selangor Cawangan MSC
Sesi 2009-2011

November 1, 2010 - Posted by | Biro Sukan, TM Selangor

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: