Kelab TM MSC

cawangan Kelab TM Selangor

Perlembagaan

1. NAMA DAN ALAMAT

1.1 Persatuan ini adalah dinamakan KELAB TM SELANGOR.

1.2 Alamat berdaftar kelab ialah di :-

Tingkat 1, Wisma TM Shah Alam

        Persiaran Damai,

        40000 Shah Alam,

        Selangor Darul Ehsan

1.3 Alamat berdaftar kelab tidak boleh diubah tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari pihak pendaftar pertubuhan.

2. TUJUAN DAN MAKSUD

Kelab ini ditubuhkan mempunyai tujuan dan maksud seperti berikut :-

2.1 Untuk memupuk semangat perpaduan dan kerjasama antara anggota Telekom Malaysia diperingkat negeri Selangor Darul Ehsan.

2.2 Untuk menggalakkan dan meningkatkan mutu sukan di kalangan ahli-ahli kelab.

2.3 Untuk menggalakkan pergerakan sosial,kebudayaan, rekreasi,pelajaran,kebajikan didalam kelab.

2.4 Mengadakan dan menguruskan tabung kewangan untuk mencapai matlamat tersebut di atas dengan cara yang sah,berlandaskan kepada lunas-lunas yang telah ditentukan di dalam peraturan-peraturan kerajaan.

2.5 Bergabung dengan Kelab Telekom Malaysia.

3. PENUBUHAN CAWANGAN-CAWANGAN

3.1 Jawatan Kuasa Negeri boleh membenarkan penubuhan cawangan di pejabat Telekom/Daerah yang mempunyai sekurang-kurangnya 30 ahli biasa kelab.Satu Jawatan Kuasa Peringkat Cawangan hendaklah dilantik dua (2) tahun sekali :

  • Seorang Presiden Cawangan
  • Seorang Timbalan Presiden Cawangan

4. MESYUARAT AGUNG TAHUNAN CAWANGAN

4.1 Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan hendaklah diadakan tidak lewat daripada 30 hari selepas menerima notis pengumuman daripada Setiausaha Kehormat Negeri atau sebelum Mesyuarat Agung Negeri diadakan.

4.2 Kerja-kerja Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan ialah untuk :-

a)      Menerima dan membentang laporan kegiatan Cawangan bagi tahun lalu.

b)      Menerima dan membentang laporan kewangan Bendahari Cawangan bagi tahun lalu.

c)      Memilih Jawatan Kuasa Cawangan untuk dua (2) tahun akan datang.

d)     Memilih Juru Audit Cawangan untuk dua (2) tahun akan datang.

e)      Melantik wakil-wakilnya kepada Mesyuarat Perwakilan untuk dua (2) tahun akan datang.

f)       Membincangkan perkara-perkara lain yang akan dibentangkan.

4.3 Setiausaha Cawangan hendaklah menghantar kepada ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan notis mesyuarat yang menyatakan tarikh,  masa dan tempat mesyuarat, panggilan mengemukakan cadangan untuk perbincangan beserta laporan,penyata kewangan tahun lalu telah diaudit.Salinan surat-surat ini boleh juga didapati untuk dibaca oleh ahli ditempat urusan Cawangan dan juga sebelum mesyuarat diadakan.

4.4 Korum Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan dianggap cukup jika ahli yang hadir adalah setengah dari jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua (2) kali bilangan Jawatankuasa mengikut mana yang kurang.

4.5 Jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam daripada waktu yg ditetapkan untuk mesyuarat, maka Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan itu hendaklah ditangguhkan kepada satu tarikh lain yang tidak lebih dari 30 hari sepertimana ditetapkan oleh Jawatan Kuasa Cawangan.Sekiranya korum tidak mencukupi dalam Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan yang ditangguhkan maka berkuasalah ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidak berkuasa membuat keputusan yang melibatkan semua ahli.

4.6 Mesyuarat Agung Luar Biasa Cawangan boleh diadakan :-

a)      Atas arahan Jawatan Kuasa Pusat atau bila difikirkan mustahak oleh Jawatan Kuasa Cawangan atau

b)      Apabila Jawatan Kuasa Cawangan difikirkan atau atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang daripada 30 orang ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya.Permintaan itu hendaklah kepada Setiausaha Cawangan.

4.7 Mesyuarat Agung Luar Biasa Cawangan yang diminta oleh ahli hendaklah diadakan pada suatu tarikh di dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.

4.8 Pengumuman dan Agenda Mesyuarat Agung luar biasa cawangan hendaklah diedarkan oleh Setiausaha Cawangan kepada semua ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk mesyuarat.

4.9 Fasa 19.4 dan 19.5 di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Cawangan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas Cawangan tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas Cawangan atas permintaan ahli-ahli,maka mesyuarat itu hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan daripada tarikh itu, Mesyuarat Agung Khas Cawangan atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh digunakan.

5. JAWATAN KUASA CAWANGAN

5.1 Satu Jawantan Kuasa Cawagan hendaklah dilantik dua (2) tahun sekali di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan :-

  • Seorang Presiden Cawangan
  • Seorang Timbalan Presiden Cawangan
  • Empat (4) orang Naib Presiden Cawangan
  • Seorang Setiausaha Cawangan
  • Seorang Bendahari Cawangan
  • Tujuh (7) orang Ahli Jawatan Kuasa

5.2 Pemegang jawatan pertubuhan  ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas Pemerintah dalam Pertubuhan ini hendaklah terdiri dari Warganegara Malaysia.

5.3 Nama di fasal 20.1 di atas kecuali Jawatan Presiden Cawangan dan Setiausaha hendaklah dicadang dan disokong dalam pemilihan yang dijalankan secara undi sulit oleh ahli-ahli dua (2) tahun  sekali didalam Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Cawangan. Jawatan Setiausaha hendaklah dilantik oleh Presiden Cawangan dengan persetujuan Jawatan Kuasa Cawangan.Jawatan Presiden Cawangan dilantik oleh Presiden Negeri.

5.4 Tempoh pemegang jawatan setiap ahli Jawatan Kuasa Cawangan adalah selama dua (2) tahun.Semua Ahli Jawatan Kuasa boleh dilantik semula.

5.5 Pekerjaan Jawatan Kuasa Cawangan ialah mengelola dan mengatur kerja-kerja harian cawangan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Cawangan dengan tidak terkeluar dari dasar umum yang ditetapkan oleh Mesyuarat Agung Tahunan.Jawatan Kuasa Cawangan seharusnya tidaklah boleh membuat tindakan bertentangan dengan keputusan Mesyuarat Agung Tahunan.Jawatan Kuasa Cawangan hendaklah memberi laporan berkenaan kegiatannya dalam tahun-tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan.

5.6 Jawatan Kuasa Cawangan hendaklah bermesyuarat sekurang-sekurangnya 4 kali setahun.Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberi kepada ahli-ahli 7 hari terlebih dahulu.Pengerusi secara bersendirian atau tidak kurang daripada 7 orang Ahli Jawatan Kuasa Cawangan bersama-sama,boleh memanggil supaya diadakan Mesyuarat Jawatan Kuasa Cawangan bila-bila masa.Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan Ahli Jawatan Kuasa Cawangan hendaklah hadir didalam Jawatan Kuasa Cawangan.

5.7 Ahli Jawatan Kuasa Cawangan yang mungkir menghadiri Mesyuarat Jawatan Kuasa tiga (3) kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatannya didalam Jawatan Kuasa Cawangan.

5.8 Jika seseorang Ahli Jawatan Kuasa Cawangan meninggal dunia atau meletakkan jawatan atau dipecat dari jawatannya maka berkuasalah Jawatan Kuasa melantik ahli yang lain bagi memenuhkan kekosongan itu sehingga pemilihan diadakan didalam Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan.

5.9 Jawatan Kuasa Cawangan boleh memberi arahan kepada Setiausaha Cawangan  dan pegawai-pegawainya untuk menjalankan urusan Cawangan,melantik pengurus dan kakitangan jika difikir perlu.Ia boleh menggantung atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai didalam pekerjaan, curang, tidak cekap,engkar, tidak amanah didalam menjalankan keputusan Jawatan Kuasa Cawangan, atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Cawangan.

5.10 Presiden Cawangan boleh melantik tidak lebih dari empat (4) orang Ahli Jawatan Kuasa Biasa Tambahan Kelab Cawangan sekiranya diperlukan dan mendapat persetujuan Jawatan Kuasa Induk.

6. TANGGUNGJAWAB PEMEGANG JAWATAN KUASA CAWANGAN

6.1 Presiden Cawangan didalam masa menyandang jawatannya, hendaklah menjadi pengerusi semua Mesyuarat Agung peringkat Cawangan dan semua mesyuarat Jawatan Kuasa Cawangan dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan mesyuarat.Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah menandatangani semua peringatan mesyuarat serta dokumen Cawangan.

6.2 Timbalan Presiden Cawangan hendaklah membantu menjalankan tugas-tugas Ketua Cawangan semasa ketiadaan beliau.

6.3 Setiausaha Cawangan hendaklah menjalankan kerja-kerja pentadbiran Cawangan mengikut undang-undang dan hendaklah menjalankan perintah Mesyuarat Agung Tahunan dan Jawatan Kuasa. Ia bertanggungjawab menguruskan hal-hal surat menyurat dan menyimpan semua buku, surat dan kertas kecuali buku kira-kira dan kewangan.Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi butir-butir seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan,nama dan alamat majikan serta alamat rumah tiap-tiap ahli.Ia hendaklah hadir didalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat.

6.4 Bendahari cawangan adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan. Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab diatas kebetulannya.

6.5 Ahli Jawatan Kuasa Biasa Cawangan hendaklah membantu Jawatan Kuasa menjalankan tugas yang diarah olehnya.

7. KEWANGAN CAWANGAN

7.1 Bendahari dibolehkan menyimpan wang runcit tidak lebih dari RM200.00 pada sesuatu masa.Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam Bank yang dipersetujui oleh Jawatan Kuasa Cawangan.Kira-kira  bank itu hendaklah di atas nama cawangan.

7.2 Bendahari Cawangan setiap tiga bulan sekali hendaklah melaporkan suatu penyata kewangan Cawangan kepada Jawatan Kuasa Negeri.

7.3 Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dan kira-kira Cawangan hendaklah ditandatangani bersama oleh sekurang-kurangnya dua (2) orang dari jawatan iaitu Ketua Cawangan, Setiausaha, dan Bendahari.Kerana ketiadaan Ketua Cawangan atau Setiausaha atau Bendahari, Jawatan Kuasa Cawangan melantik sesiapa saja di antara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek-cek atau kenyataan pengeluaran wang Cawangan.

7.4 Perbelanjaan yang lebih dari RM2,000.00 bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan oleh Jawatan Kuasa Cawangan, dan perbelanjaan yang lebih dari RM10,000.00 bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan terlebih dahulu.Manakala perbelanjaan yang kurang daripada RM2,000.00 bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh Ketua Cawangan bersama Setiausaha dan Bendahari.

8. JURUAUDIT CAWANGAN

8.1 Dua (2) orang yang bukannya Ahli Jawatan Kuasa Cawangan boleh dilantik didalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Juruaudit Cawangan.Mereka akan memegang jawatan selama dua (2) tahun dan tidak boleh dilantik semula.

8.2 Juruaudit adalah dikehendaki memeriksa kira-kira.Cawangan bagi setahun dan membuat laporan pengesahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan.Mereka harus juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Ketua Cawangan mengaudit kira-kira Cawangan bagi mana-mana masa didalam tempoh jawatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatan Kuasa Cawangan.

9. TAFSIRAN UNDANG-UNDANG

9.1 Di antara mesyuarat-mesyuarat Agung, Jawatan Kuasa Negeri boleh memberi tafsirannya kepada undang-undang ini. Jika mustahak boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung dalam undang-undang ini.

9.2 Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat di dalam mesyuarat Agung, keputusan Jawatan Kuasa Kelab Telekom Malaysia Selangor terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung.

9.3 Di mana peruntukan khas tidak tersebut di dalam undang-undang bagi perkara-perkara berhubung dengan pentadbiran Cawangan-Cawangan Kelab, undang-undang yang berkenaan mengenai pentadbiran Kelab induk akan diikuti sejauhmana yang sesuai.

9.4 Mesyuarat Tahuna Perwakilan dan Jawatan Kuasa Negeri akan memberi arahan kepada mana-mana Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan-Cawangan dan Jawatan Kuasa – Jawatan Kuasa di peringkat Cawangan mengenai pentadbirannya.

9.5 Di dalam mana-mana pasal dalam undang-undang ini sekiranya disebut cawangan maka ia bermaksud cawangan pejabat Telekom/Daerah.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: