Kelab TM MSC

cawangan Kelab TM Selangor

~ EMKAY Green Fun Run @ Neo Cyber

EMKAY Green Run Fun @ Neo Cyber

Kelab TM Selangor ingin menjemput Tuan / Puan yang berminat untuk menyertai ‘Green Fun Run @ Neo Cyber” yang akan dianjurkan oleh Kelab Rekreasi EMKAY pada :

 

TARIKH : 27 NOVEMBER 2010 (SABTU)
TEMPAT : NEOCYBER, CYBERJAYA
MASA : 7.00 PAGI – 1.00 PETANG ; (PENDAFTARAN : 6.30 PAGI)
TARIKH TUTUP : 22 NOVEMBER 2010 (ISNIN)

NOTA

  • Yuran Penyertaan :

  • Terbuka kepada SEMUA KATEGORI – Lelaki Terbuka, Wanita Terbuka, Lelaki Veteran, Wanita Veteran (bagi kategori Lelaki & Wanita Veteran mestilah berumur dalam lingkungan 50 tahun ke atas pada tarikh larian)
  • Hadiah berupa WANG TUNAI diberikan mengikut kategori di bawah :

  • Yuran Pendaftaran tidak akan dipulangkan atas pendaftaran sekiranya menarik diri dari penyertaan.
  • Semua peserta dikehendaki mengambil T-Shirts dan nombor Bib masing-masing mulai pada hari Rabu (24/11/2010) sehingga Jumaat (26/11/2010) semasa waktu operasi dari 9.00 pagi sehingga 5.00 petang.

# Butiran Lanjut dan borang penyertaan boleh dilihat pada lampiran berikut :

1) GREEN FUN RUN
2) GREEN FUN RUN – Borang Penyertaan

 Untuk itu, bagi pihak penganjur ingin menjemput seluruh warga TM MSC yang berminat untuk menyertai larian ini. Mereka yang berminat boleh menghantar nama menggunakan borang penyertaan yang dilampirkan di atas. (Sila maklumkan kepada pihak Sekretariat Kelab TM MSC bagi tujuan simpanan rekod penyertaan anggota).

Sebarang penyertaan sila hubungi seperti maklumat di bawah :

Sehubungan dengan itu, Kelab TM Selangor Cawangan MSC berharap agar mendapat penyertaan daripada pihak warga TM MSC. Kerjasama dan sokongan daripada semua pihak amatlah dialu-alukan bagi menjayakan larian ini.

Peta larian :

Sekian, salam hormat.

DISEDIAKAN OLEH :

SEKRETARIAT
Kelab TM Selangor Cawangan MSC
Sesi 2009-2011
 

** Kelab TM Selangor Cawangan MSC mengadakan sistem merit di mana kami akan memberikan merit (points) kepada mana-mana ahli Kelab TM Selangor Cawangan MSC (anggota TM MSC) yang mewakili kelab untuk menyertai mana-mana aktiviti sukan / aktiviti lain anjuran Kelab. Langkah ini dibuat untuk menggalakakan anggota lebih aktif dalam menyertai aktiviti seperti ini dan mengharumkan nama TM Selangor cawangan MSC sebagai satu kelab cawangan yang bergiat aktif. Sebelum Hari Keluarga Kelab TM Selangor Cawangan MSC yang akan diadakan pada tahun ini, ahli-ahli yang telah bergiat aktif dan mendapat merit yang tinggi serta mengharumkan nama kelab akan dikenalpasti dan akan diberikan penghargaan.

 

November 18, 2010 Posted by | Biro Rekreasi, Sekretariat, TM MSC, TM Selangor | Leave a comment

~ Majlis Raikan Aidilfitri 2010

7 Oktober 2010
Kompleks TM Cyberjaya

Kompleks TM Cyberjaya telah mengadakan Majlis Raikan Aidilfitri di peringkat Kumpulan TM MSC pada 7 Oktober 2010 bertempat di perkarangan tempat letak kereta, Kompleks TM Cyberjaya. Penganjuran kali kedua di mana kali ini dianjurkan bersama-sama dengan Kelab TM Selangor Cawangan MSC telah disertai oleh bahagian-bahagian operasi dan unit-unit di sekitar Cyberjaya seperti SME, CS, CSM, SAC, IPNOC, AND, TMPoint, Keselamatan dan PO, BRD, HR, Finance, RNO, ANOC, SNOC serta anak-anak syarikat TM seperti GITN, R&D, TSSSB, dan TAB. Majlis yang bertemakan ‘1 TM’ ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dikalangan anggota TM di sekitar kawasan MSC. Selain itu, tidak ketinggalan turut diadakan pertandingan karaoke serta gerai terbaik yang telah dimenangi oleh unit CSM. Hadiah telah disampaikan oleh En Rozlan Mohamed, mantan Pengurus Besar TM MSC.

Lain-lain Gambar :

1) Album Majlis Raikan Aidilfitri TM MSC 2010 – Siri 1
2) Album Majlis Raikan Aidilfitri TM MSC 2010 – Siri 2
3) Album Majlis Raikan Aidilfitri TM MSC 2010 – Siri 3
4) Album Majlis Raikan Aidilfitri TM MSC 2010 – Siri 4

Terima Kasih dan Salam Hormat,

DISEDIAKAN OLEH :

SEKRETARIAT
Kelab TM Selangor Cawangan MSC
Sesi 2009-2011

 

November 8, 2010 Posted by | Biro Kebajikan & Sosial, Sekretariat, TM MSC | Leave a comment

~Majlis Perpisahan Kelab TM Selangor Cawangan MSC 2010

6 Oktober 2010
Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya

Bertempat di Kelab Komuniti, Taman Tasik Cyberjaya, Kelab TM Selangor Cawangan MSC telah mengadakan Majlis Perpisahan Presiden Kelab TM MSC, En Rozlan Mohamed yang juga merupakan Pengurus Besar TM MSC yang telah bertukar ke Negeri Melaka berkuatkuasa pada 1 Oktober 2010 yang lalu. Selain daripada itu, majlis ini juga diadakan bagi memperkenalkan Pengurus Besar TM MSC yang baru, En R.Manivannan merangkap Presiden Kelab TM Selangor Cawangan MSC. Seramai 21 orang yang terdiri daripada Exco Kelab TM Selangor Cawangan MSC sesi 2009-2011 telah hadir ke majlis ini. Presiden Kelab TM MSC yang baru, En R. Manivannan telah menyampaikan cenderahati daripada pihak Kelab TM MSC kepada En Rozlan Mohamed sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih atas penglibatan dan sokongan beliau sepanjang berada di Kelab TM MSC. Majlis telah diakhiri dengan jamuan minum petang untuk semua Exco yang hadir.

Lain-lain Gambar : Album Majlis Perpisahan Kelab TM Selangor Cawangan MSC 2010

Terima kasih dan Salam Hormat…

DISEDIAKAN OLEH :

SEKRETARIAT
Kelab TM Selangor Cawangan MSC
Sesi 2009-2010

 

November 8, 2010 Posted by | Biro Kebajikan & Sosial, TM MSC | Leave a comment

~ Kejohanan Pingpong Kelab TM MSC 2010

20 Jun 2010 (AHAD)
Ruang Legar, Kompleks TM Cyberjaya
 

Pada 20 Jun 2010, Kelab TM Selangor Cawangan MSC telah menganjurkan Kejohanan Pingpong Kelab TM MSC 2010 bertempat di Ruang Legar, Kompleks TM Cyberjaya, Selangor. Sebanyak 58 orang anggota TM yang terdiri daripada 13 penyertaan bagi kategori  Bergu Lelaki, 28 penyertaan bagi kategori Perseorangan Lelaki dan 4 penyertaan bagi kategori Perseorangan Wanita telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Pertandingan bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir sekitar jam 5.00 petang. Hadiah berupa medal dan wang tunai telah disediakan oleh pihak penganjur untuk semua pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan.

Berikut adalah senarai pemenang :

Kategori Perseorangan Lelaki:

1  JOHAN                          :  Hafizi Abd Jalil (TAB)
2  NAIB JOHAN                 :  Abdul Adzim Abd Rashid (SAC)
3  TEMPAT KETIGA            :  i)  Kassim Mohamed (RNO)
                                                    ii) Rostam Mohamed Hanif (TAB)

Kategori Bergu Lelaki: 

1  JOHAN                          :  Abdul Adzim Abd Rashid (SAC) & Kassim Mohamed (RNO)
2  NAIB JOHAN                 :  Ahmad Mazlan Abdul Manan (SAC) & Azman Aziz (SAC)
3  TEMPAT KETIGA            :  i)  Mohd Radhi Ibrahim (IPNOC) & Mohd Azlan Othman (IPNOC)
      ii)  Rostam Mohamed Hanif (TAB) & Faiizal Maaris (TAB) 

Kategori Perseorangan Wanita:

1  JOHAN                          :  Fareenah Jaafar (SAC)
2  NAIB JOHAN                 :  Siti Farashidah Othman (Switching)
3  TEMPAT KETIGA            :  i)  Azatul Hanani Jiman (SAC)
      ii)  Noor Fariza Mohd Puzi (SAC) 

Sebagai penutup acara, Pengurus Besar TM MSC merangkap Presiden, Kelab TM Selangor Cawangan MSC, En Rozlan Mohamed dengan diiringi Naib Presiden merangkap Biro Sukan, En Azhari Abu Bakar telah berbesar hati untuk menyempurnakan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Lain-lain Gambar :Album Kejohanan Pingpong Kelab TM MSC 2010

Sekian, Salam Hormat & Terima Kasih,

DISEDIAKAN OLEH :

SEKRETARIAT
Kelab TM Selangor Cawangan MSC
Sesi 2009-2011      

August 10, 2010 Posted by | Biro Sukan, TM MSC | Leave a comment

~ Jemputan Kejohanan Pingpong Kelab TM MSC 2010

KEJOHANAN PINGPONG KELAB TM MSC 2010 – TERBUKA LELAKI DAN WANITA

Sukacita dimaklumkan bahawa Biro Sukan di bawah KELAB TM SELANGOR  CAWANGAN MSC akan menganjurkan KEJOHANAN PINGPONG KELAB TM MSC 2010 pada :

TARIKH : 20 JUN 2010 (AHAD)
TEMPAT : RUANG LOBI, KOMPLEKS TM CYBERJAYA
KATEGORI : PERSEORANGAN – LELAKI & WANITA, BERGU – LELAKI
MASA : 9.00 PAGI – 3.00 PETANG

SYARAT PENYERTAAN :

  • Yuran Penyertaan            : RM 20 / BERGU ; RM 10 / PERSEORANGAN
  • Terbuka kepada semua Anggota TM MSC (Lelaki dan Wanita) yang berkhidmat di sekitar kawasan MSC DAN juga menjadi ahli Kelab TM Selangor Cawangan MSC.
  • Hadiah-hadiah akan diberikan kepada pasukan-pasukan yang muncul sebagai Johan, Naib Johan (Wang Tunai & Medal) dan Tempat ke-Tiga & ke-Empat ( Medal).
  • Makanan tengahari disediakan oleh pihak penganjur untuk kesemua peserta.

Oleh itu, pihak Kelab TM Selangor Cawangan MSC ingin menjemput setiap Anggota TM MSC yang menjadi AHLI Kelab TM Selangor Cawangan MSC untuk menyertai pertandingan ini dengan menghantar nama menggunakan borang penyertaan yang telah dilampirkan. Disertakan sekali Undang-Undang dan Poster Kejohanan untuk makluman semua.

Download : UNDANG PING PONG 2010

Adalah dimaklumkan bahawa TARIKH AKHIR PENYERTAAN dan penerimaan borang penyertaan adalah pada atau sebelum 16 JUN 2010 (RABU) – pada atau sebelum jam 5 petang

Borang penyertaan dan bayaran hendaklah dihantar kepada wakil Biro Sukan Kelab TM Selangor Cawangan MSC berikut :

1) Azhari Abu Bakar   013-350 3600   FAX : 03-8890 3255
2) Maizatul Akhmar Mohd Isa   019-287 2603   FAX : 03-8320 2121
3) Siti Farashidah Othman    013-363 2177   FAX : 03-8320 2121
4) Kassim Mohamed      013-362 1210    FAX : 03- 8075 8767

Borang boleh didapati di sini :

1) Download : BORANG PENYERTAAN PINGPONG TM MSC 2010

Pihak Kelab TM MSC amatlah berharap agar anggota-anggota TM MSC terutamanya mereka yang menjadi ahli kelab agar dapat bersama-sama melibatkan diri dalam aktiviti ini. 

** Kelab TM Selangor Cawangan MSC mengadakan sistem merit di mana kami akan memberikan merit (points) kepada mana-mana ahli Kelab TM Selangor Cawangan MSC (anggota TM MSC) yang mewakili kelab untuk menyertai mana-mana aktiviti sukan / aktiviti lain anjuran Kelab. Langkah ini dibuat untuk menggalakakan anggota lebih aktif dalam menyertai aktiviti seperti ini dan mengharumkan nama TM Selangor cawangan MSC sebagai satu kelab cawangan yang bergiat aktif. Sebelum Hari Keluarga Kelab TM Selangor Cawangan MSC yang akan diadakan pada tahun ini, ahli-ahli yang telah bergiat aktif dan mendapat merit yang tinggi serta mengharumkan nama kelab akan dikenalpasti dan akan diberikan penghargaan.

Sekian, terima kasih.

DISEDIAKAN OLEH :

SEKRETARIAT
Kelab TM Selangor Cawangan MSC
Sesi 2009-2011
 

June 4, 2010 Posted by | Biro Sukan, TM MSC | Leave a comment

~Majlis Penghargaan Hari Keluarga TM MSC 2009

9 Mac 2010 (Selasa)
Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya

Satu sesi Majlis Penghargaan yang dianjurkan oleh Kelab TM Selangor Cawangan MSC dengan kerjasama pihak pengurusan Program Hari Keluarga TM MSC 2009  telah diadakan bagi meraikan ahli jawatankuasa yang telah bertungkus-lumus bekerja dalam menjayakan Hari Keluarga TM MSC 2009 yang telah berlangsung pada 6 Februari 2010 yang lalu.

Majlis tersebut telah diadakan di Bayou Cafe, Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya dan telah dihadiri oleh para ahli jawatankuasa yang terdiri daripada anggota TM dari semua unit yang beroperasi sekitar MSC. Tetamu telah disajikan dengan pelbagai juadah makan tengahari.

Majlis ini juga telah dihadiri oleh Rozlan Mohamed, Pengurus Besar TM MSC dan juga Tuan Hj Mohammed Salleh, Pengurus Besar SAC.

Lain-lain gambar : Album Majlis Penghargaan Hari Keluarga TM MSC 2009

Sekian, salam hormat.

DISEDIAKAN OLEH :

SEKRETARIAT
Kelab TM Selangor Cawangan MSC
Sesi 2009-2011

April 30, 2010 Posted by | Biro Kebajikan & Sosial, Sekretariat, TM MSC | Comments Off on ~Majlis Penghargaan Hari Keluarga TM MSC 2009

~Kejohanan Badminton Kelab TM MSC 2010

6 Mac 2010 (SABTU)
Prima Avenue 4, Cyberjaya

Pada 6 Mac 2010, Kelab TM Selangor Cawangan MSC telah menganjurkan Kejohanan Badminton Kelab TM MSC 2010 di Gelanggang Badminton, Prima Avenue 4, Cyberjaya Selangor. Sebanyak 25 pasangan bergu yang terdiri daripada 17 bergu Lelaki Terbuka, 4 bergu Lelaki Veteran dan 3 bergu Wanita telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Hadiah berupa medal dan wang tunai telah disediakan oleh pihak penganjur untuk semua pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan.

Berikut adalah senarai pemenang :

Kategori Lelaki Terbuka:

1  JOHAN                          :  Sahadevan Balakrisnan & Suhaidi Mat Yassin(SAC)
2   NAIB JOHAN                 :  Amri Abu Zaman & Mohd Razlan Meslan (IPNOC)
3  TEMPAT KETIGA            :  i)  Syed Mohd Ikram & Radzi Hj Ibrahim (SAC)
                                                    ii) N.Kumaran A/L Nagamuthu & Thamotaran (RNO/AND)

Kategori Lelaki Veteran: 

1  JOHAN                          :  Azhari Abu Bakar & Ahmad Tarmizi (ANOC)
2  NAIB JOHAN                 :  Zainul Ariffin Shafiei & Abd Rahim Abd Malek (RNO)
3  TEMPAT KETIGA            :  i)  Abidin Hashim &Dzulkafli Salleh (SAC)
      ii)  Ahmad Mazlan Abd Manan & Mohd Sayuti(SAC) 

Kategori Wanita:

1  JOHAN                          :  Rasifah Jalil & Mimi Suzana Abd Rashid (ANOC/RNO)
2  NAIB JOHAN                 :  Haidi Nor Diana & Norra Shiella Razali (SAC)
3  TEMPAT KETIGA            :  Siti Zufarina Zulkupli & Rosnani Zakaria (CSM/SME)

Kejohanan ini berakhir dengan majlis penyampaian hadiah oleh Azhari Abu Bakar, Ketua Biro Sukan merangkap Naib Presiden, Kelab TM Selangor dan juga Kelab TM Selangor Cawangan MSC.

Lain-lain Gambar :  Album Kejohanan Badminton Kelab TM MSC 2010 (Bergu)

Sekian, Salam Hormat & Terima Kasih,

DISEDIAKAN OLEH :

SEKRETARIAT
Kelab TM Selangor Cawangan MSC
Sesi 2009-2011

April 30, 2010 Posted by | Biro Sukan, TM MSC | Leave a comment

~Aktiviti Bola Padang…

 12 Mac 2010 , sesi perlawanan persahabatan bola padang antara unit Satelit MSC dengan unit RNO / AND MSC. Perlawanan bermula pada jam 5.45 pm. Walaupun hujan lebat pada permulaannya, pelawanan tetap diteruskan dan hasil daripada perlawanan tersebut, masing-masing seri 1 sama.

* Gambar agak blur sket..lense kamera problem masa tu..berkabus sbb cuaca sejuk…

 

DISEDIAKAN OLEH :

SEKRETARIAT
Kelab TM Selangor Cawangan MSC
Sesi 2009-2011

April 22, 2010 Posted by | Biro Sukan, TM MSC | Leave a comment

~ Hari Keluarga TM MSC 2009

6 Februari 2010
Desa Waterpark, Taman Danau Desa

TM MSC telah menganjurkan Hari Keluarga TM MSC 2009 bertempat di Desa Waterpark, Taman Danau Desa pada 6 Februari 2010 yang telah disertai oleh seramai 229 orang anggota beserta dengan ahli keluarga masing-masing (Jumlah keseluruhan yang hadir seramai 834 orang) telah hadir pada hari tersebut seawal jam 8.00 pagi.

 

Hari Keluarga TM MSC 2009 ini telah dirasmikan oleh Pengurus Besar Negeri, Rozlan Mohamed dan diiringi dengan tetamu kehormat yang terdiri daripada Muhammad Iqbal Johari (Bendahari Kehormat,Kelab TM Selangor), Pauzi Che Mat (Pengerusi NUTE, PJ/MSC) dan Alam Shah Musa (Setiausaha NUTE, PJ/MSC).

    

Sempena dengan Hari Keluarga tersebut, bagi memeriahkan acara Hari Keluarga TM MSC 2009 telah diadakan senamrobik dan poco-poco, pertandingan sukaneka untuk kategori Kanak-Kanak dan Dewasa, Treasure Hunt dan juga 135 hadiah Cabutan Bertuah.

   

      

Pemenang bagi hadiah Cabutan Bertuah Utama, Samsung 32’ LCD TV  telah dimenangi oleh Shaharani Hashim dari unit AND MSC.  Semua hadiah telah disampaikan oleh Pengurus Besar dan diiringi oleh Pengarah Program Hari Keluarga TM MSC 2009, Tirmizie Ab Mutalib. 

   

Di program yang sama pihak Kelab TM Selangor Cawangan MSC telah mengadakan Majlis Penyampaian Anugerah Ahli Kelab Paling Aktif Tahun 2009 dan telah dimenangi oleh Kassim Mohamed bagi Kategori Lelaki dan Maizatul Akhmar Mohd Isa bagi Kategori Wanita. 

 

* dapat voucher All Parks ke Sunway Lagoon untuk 4 orang….:)

Terima kasih juga kepada semua yang telah hadir dan terutama kepada unit-unit yang terlibat, Pengarah dan Sub-AJK yang telah banyak membantu dalam menjayakan Hari Keluarga TM MSC 2009 kali ini. Semoga kerjasama sedemikian dapat diteruskan untuk Hari Keluarga TM MSC 2010 akan datang.

 

Lain-lain Gambar :

1) Album Hari Keluarga TM MSC 2009 – Siri 1
2) Album Hari Keluarga TM MSC 2009 – Siri 2
3) Album Hari Keluarga TM MSC 2009 – Siri 3
4) Album Hari Keluarga TM MSC 2009 – Siri 4
5) Album Hari Keluarga TM MSC 2009 – Siri 5

 

Sekian, terima kasih dan salam hormat…

DISEDIAKAN OLEH :

SEKRETARIAT
Kelab TM Selangor Cawangan MSC
Sesi 2009-2011
 
 

March 1, 2010 Posted by | Biro Kebajikan & Sosial, Sekretariat, TM MSC | 1 Comment

~ Perlawanan Persahabatan Bola Sepak TM MSC

Setiap Hari Rabu (Setiap Minggu)

Bermula pada pertengahan bulan Disember 2009 yang lalu, hasil inisiatif beberapa orang AJK-AJK Kelab TM Selangor Cawangan MSC beserta dengan Biro Sukan, telah mengadakan aktiviti Bola Sepak (Padang) pada setiap hari *Rabu pada setiap minggu (*bergantung pada keadaan semasa). Pada mulanya aktiviti tersebut dijalankan bertempat di Padang Sport Area, Cyberjaya.

Namun pada 28 Januari lepas, padang bola sepak yang terletak di bahagian belakang tempat letak kereta di kawasan Kompleks TM MSC telah siap dan boleh digunakan.  Pada tarikh tersebut, pihak TM MSC telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan pihak Cyberview. Walaupun pada masa tersebut, hujan turun dengan lebatnya, para pemain tetap bersemangat meneruskan perlawanan. Hasil perlawanan tersebut ; TM MSC seri dengan Cyberview dengan hasil jaringan 1-1.

Sementara pada 10 Februari 2010 yang lalu, sekali lagi TM MSC telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan jiran bersebelahan, TM RND. Hasil perlawanan tersebut : TM MSC kalah dengan pihak TM RND dengan hasil jaringan  TM MSC : 0 dan TM RND : 1.

Sekitar Perlawanan Persahabatan antara TM MSC vs Cyberview :

    

  

 Lain-lain Gambar : Album Perlawanan Persahabatan Bola Sepak : TM MSC vs Cyberview

Sekitar perlawanan persahabatan antara TM MSC vs TM RND :

   

    

Lain-lain gambar : Album Perlawanan Persahabatan Bola Sepak : TM MSC vs TM RND

Nota : Katanya ada lagi satu perlawanan…antara TM MSC dengan TM Satelit..tapi tarikh tak dipastikan lagi.

Semoga aktiviti-aktiviti sedemikian ini dapat diteruskan dari masa ke semasa. Terima kasih kepada mereka yang telah menjayakan aktiviti tersebut.

Salam Hormat,

DISEDIAKAN OLEH :

SEKRETARIAT
Kelab TM Selangor Cawangan MSC
Sesi 2009-2011

February 28, 2010 Posted by | Biro Sukan, TM MSC | Leave a comment