Kelab TM MSC

cawangan Kelab TM Selangor

~ Jemputan Kejohanan Badminton Kelab TM MSC 2010

KEJOHANAN BADMINTON KELAB TM MSC 2010 (BERGU) – TERBUKA & VETERAN LELAKI DAN TERBUKA WANITA

Sukacita dimaklumkan bahawa Biro Sukan di bawah KELAB TM SELANGOR  CAWANGAN MSC akan menganjurkan KEJOHANAN BADMINTON KELAB TM MSC 2010 pada :

TARIKH : 6 MAC 2010 (SABTU)
TEMPAT : PRIMA AVENUE 4, CYBERJAYA (Bersebelahan Restoran Padi & Cyberjaya Old Town Kopitiam)
KATEGORI : LELAKI  (Terbuka & Veteran) DAN WANITA (Terbuka)
MASA : 9.00 PAGI – 3.00 PETANG

SYARAT PENYERTAAN :

  • Yuran Penyertaan            : RM 20 / bergu.
  • Terbuka kepada semua Anggota TM MSC (Lelaki dan Wanita) yang berkhidmat di sekitar kawasan MSC DAN juga menjadi ahli Kelab TM Selangor Cawangan MSC.
  • Hadiah-hadiah akan diberikan kepada pasukan-pasukan yang muncul sebagai Johan, Naib Johan (Wang Tunai & Medal) dan Tempat ke-Tiga & ke-Empat ( Medal).
  • Makanan tengahari disediakan oleh pihak penganjur untuk kesemua peserta.

Oleh itu, pihak Kelab TM Selangor Cawangan MSC ingin menjemput setiap Anggota TM MSC yang menjadi AHLI Kelab TM Selangor Cawangan MSC untuk menyertai pertandingan ini dengan menghantar nama menggunakan borang penyertaan yang telah dilampirkan. Disertakan sekali Undang-Undang dan Poster Kejohanan untuk makluman semua.

Download : UNDANG-UNDANG BADMINTON TM MSC

Adalah dimaklumkan bahawa TARIKH AKHIR PENYERTAAN dan penerimaan borang penyertaan adalah pada atau sebelum 25 FEBUARI 2010 (KHAMIS) – pada atau sebelum jam 5 petang

Borang penyertaan dan bayaran hendaklah dihantar kepada wakil Biro Sukan Kelab TM Selangor Cawangan MSC berikut :

1) Azhari Abu Bakar   013-350 3600   FAX : 03-8890 3288
2) Maizatul Akhmar Mohd Isa   019-287 2603   FAX : 03-8320 2121
3) Siti Farashidah Othman    013-363 2177   FAX : 03-8320 2121
4) Kassim Mohamed      013-362 1210    FAX : 03- 8075 8767

Borang boleh didapati di sini :

1) Download : BORANG PENYERTAAN BADMINTON KTM MSC 2010

Pihak Kelab TM MSC amatlah berharap agar anggota-anggota TM MSC terutamanya mereka yang menjadi ahli kelab agar dapat bersama-sama melibatkan diri dalam aktiviti ini. 

** Kelab TM Selangor Cawangan MSC mengadakan sistem merit di mana kami akan memberikan merit (points) kepada mana-mana ahli Kelab TM Selangor Cawangan MSC (anggota TM MSC) yang mewakili kelab untuk menyertai mana-mana aktiviti sukan / aktiviti lain anjuran Kelab. Langkah ini dibuat untuk menggalakakan anggota lebih aktif dalam menyertai aktiviti seperti ini dan mengharumkan nama TM Selangor cawangan MSC sebagai satu kelab cawangan yang bergiat aktif. Sebelum Hari Keluarga Kelab TM Selangor Cawangan MSC yang akan diadakan pada tahun ini, ahli-ahli yang telah bergiat aktif dan mendapat merit yang tinggi serta mengharumkan nama kelab akan dikenalpasti dan akan diberikan penghargaan.

Sekian, terima kasih.

DISEDIAKAN OLEH :

SEKRETARIAT
Kelab TM Selangor Cawangan MSC
Sesi 2009-2011
 

February 11, 2010 Posted by | Biro Sukan, TM MSC | Leave a comment

~ Poster : Pertandingan Paintball KTMS 2009

Poster Pertandingan

DISEDIAKAN OLEH :

SEKRETARIAT
Kelab TM Selangor Cawangan MSC
Sesi 2009-2011

January 17, 2010 Posted by | Biro Rekreasi, TM MSC | Leave a comment

~ Kejohanan Bowling Tertutup KTMS 2009 Cawangan MSC

  

22 November 2009
Mega Lanes, Endah Parade, Bandar Sri Petaling
 

Biro Sukan, Kelab TM Selangor Cawangan MSC telah menganjurkan Kejohanan Bowling Tertutup KTMS 2009 Cawangan MSC bertempat di Mega Lanes, Endah Parade, Bandar Sri Petaling pada 22 November 2009 yang lalu. Kejohanan ini adalah dibuka kepada vendor , ahli Kelab TM MSC dan juga terbuka kepada anggota TM MSC yang masih belum menjadi ahli. Permainan adalah secara individu. 

Yuran penyertaan adalah seperti berikut :
1 AHLI KELAB  RM 30 / INDIVIDU
2 BUKAN AHLI KELAB RM 35 / INDIVIDU
3 VENDOR RM 400 / PASUKAN 
Seramai 58 orang peserta telah menyertai kejohanan ini yang terdiri daripada :
KATEGORI ANGGOTA VENDOR JUMLAH LELAKI / WANITA
LELAKI 29 14 43
WANITA 9 6 15
JUMLAH KESELURUHAN 38 20 58
Hadiah-hadiah disediakan mengikut kategori seperti berikut : 
HADIAH KATEGORI LELAKI  
JOHAN  : WANG TUNAI (RM 70) & MEDAL
NAIB JOHAN : WANG TUNAI (RM 50) & MEDAL
TEMPAT KETIGA HINGGA KE-20 : MEDAL

 

HADIAH KATEGORI WANITA  
JOHAN : WANG TUNAI (RM 70) & MEDAL
NAIB JOHAN : WANG TUNAI (RM 50) & MEDAL
TEMPAT KETIGA HINGGA KE-10 : MEDAL

 

HADIAH KATEGORI LAIN-LAIN  
CABUTAN BERTUAH  : 11 HAMPER
HADIAH MISTERI : LELAKI & WANITA
“BEST BOWLER” : LELAKI & WANITA
Berikut merupakan senarai nama pemain serta markah yang telah diperolehi mengikut kedudukan masing-masing : 

 KATEGORI LELAKI

TEMPAT NAMA UNIT / VENDOR SCORE PINS GAME 1 GAME 2 GAME 3
1 SAIFUL BAHARI MALIKI AND 676 276 188 212
2 ABDUL RASHID AHMAD AND 646 222 232 192
3 WAN ZULFAZLY WAN AHMAD INO 615 196 193 226
4 MOHD RIDZUAN LEADCOM 612 205 223 184
5 HAWARI UDA LAZIM AND 537 223 151 163
6 AMIRUSSYAHRI PERNEC 533 169 210 154
7 NIZAL SHAH HUSSEIN SILVER RIDGE 530 168 208 154
8 ZAINUAR LEADCOM 525 206 164 155
9 SUHAIMEE BIN GHAZALI INOC 518 174 199 145
10 MOHD REZAM MOHD KASIM IPNOC 512 197 122 193
11 NORIMAN RNO 507 175 169 163
12 MOHD FARID JOHARI SILVER RIDGE 500 191 132 177
13 ABIDIN HASHIM SAC 493 159 136 198
14 MOHD ZULKIFLI GHAZALI RNO 488 140 157 191
15 NIK MOHD SAIFUL HISHAM B MD ALI RNO 486 155 177 154
16 AHMAD SHARIPUDDIN MOHD YUSOP IPNOC 484 123 150 211
17 IRWAN FAREEZ NOR KHIRI RNO 484 126 150 208
18 ZULKIFLY YAAKOB PERNEC 475 156 152 167
19 RUSLAN SALLEH IPNOC 474 177 154 143
20 SAMSUL HISAM SULAIMAN IPNOC 474 183 161 130
21 DZULKARNAIN ABD RAHMAN INOC 471 132 198 141
22 NOOR AIZAM HAMZAH RNO 465 186 136 143
23 KHAIRUL AZLAN PERNEC 465 168 167 130
24 AHMAD SHARIFUDDIN MOHD YUSOP IPNOC 463 148 168 147
25 MUHAMMAD IQBAL JOHARI KTMS 457 161 145 151
26 SYAFIE NORDIN 3OPP 446 106 204 136
27 ADAM MOHD SILVER RIDGE 440 112 130 198
28 ZAINAL BADRI LEADCOM 435 150 139 146
29 MOHD ZULKIFLY ABU BAKAR IPNOC 435 149 158 128
30 AZAHARI ABU BAKAR ANOC 429 125 136 168
31 HAYAT LEADCOM 427 160 125 142
32 KHAIRUL AZRI MOHD ZAINAL RNO 417 133 159 125
33 KASSIM MOHAMED RNO 415 156 163 96
34 MOHD SAZALI ABU ZARIN RNO 408 113 130 165
35 MOHD ALZULKHAIRI ALIAS RNO 388 103 138 147
36 FAHMI RNO 371 115 116 140
37 MOHD HAFIZAN CHE HALIM SWITCHING 357 104 150 103
38 HAZWAN JAMIL RNO 354 106 140 108
39 ANAZ AZLAN RAHIM RNO 326 84 85 157
40 MOHD IQBAL ABDULLAH RNO 311 99 107 105
41 ABDUL KHAIR TARMIJI 3OPP 302 89 106 107
42 MOHD HAZIMIN MOHD KASIM IPNOC 264 71 93 100
43 KHAIRUL HISHAM 3OPP 206 56 70 80

KATEGORI WANITA

TEMPAT NAMA UNIT / VENDOR SCORE PINS GAME 1 GAME 2 GAME 3
1 SITI RAHMAH ALI PERNEC 596 204 182 185
2 NORA HAIZURA ABD HARITH SME 549 219 158 147
3 MAHANUM ADELIN PERNEC 547 110 204 208
4 NUR ALIZA MOHAMED HASHIM IPNOC 488 88 123 252
5 SUZILAWATI MAKPUT TRANSMISSION 430 188 122 95
6 MARIA KAMARUDIN PERNEC 429 124 131 149
7 ROSNANI ZAKARIA RNO 411 112 142 132
8 SURIYA MOHD NOR PERNEC 404 127 115 137
9 SITI FARASHIDAH OTHMAN SWITCHING 390 132 90 143
10 SITI ZUFARINA ZULKUPLI CSM 384 125 111 123
11 UME NASEFAH MAHPOT SILVER RIDGE 347 93 117 112
12 ZULHASNI EFRIZA ZARDI AND 343 118 91 109
13 NURUL HIJJAH 3OPP 321 88 110 98
14 SHARIFAH MARLINA ENGKU CHIK CSM 297 93 71 108
15 ISHAPIZA ISMAIL BSQM 264 108 70 61

 

Sesi pendaftaran bermula pada pukul 9.30 pagi, dan sementara menunggu acara pertandingan bermula, kesemua peserta dan tetamu yang hadir telah dijemput untuk menjamu selera dengan hidangan sarapan pagi yang telah disediakan. Pertandingan bermula lebih kurang pada pukul 10.30 pagi dan telah dirasmikan oleh balingan pembukaan oleh tetamu VIP pada hari tersebut, En Muhammad Iqbal Johari, Bendahari Kehormat Kelab TM Selangor. Pertandingan tamat lebih kurang pada pukul 12 tengah hari dan diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang.

  

                   Tetamu VIP                                                                           Hadiah-Hadiah

Berikut merupakan pemenang mengikut kategori masing-masing :

KATEGORI LELAKI

 JOHAN : En Saiful Bahri Maliki, AND

  NAIB JOHAN : En Abdul Rashid Ahmad, AND

 

TEMPAT KETIGA : En Wan Zulfazly, INOC

 

KATEGORI WANITA

JOHAN : Siti Rahmah Ali, PERNEC (Vendor)

 

NAIB JOHAN : Nora Haizura Abd Harith, SME

 

TEMPAT KETIGA : Mahanum Adelin, PERNEC (Vendor)

 

KATEGORI ‘BEST BOWLER’

‘Best Bowler” Lelaki : En Saiful Bahari Maliki, AND

 Pungutan Mata Pin Tertinggi : 276

 

‘ Best Bowler’ Wanita : Pn Nur Aliza Mohamed Hashim, IPNOC

Pungutan Mata Pins Tertinggi : 252

Lain-lain Gambar : Album Bowling KTMS 2009 Cawangan MSC

Terima kasih kepada semua yang telah menyertai Kejohanan Bowling Tertutup KTMS 2009 Cawangan MSC kali ini. Maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan daripada pihak Kelab. Tahniah kepada mereka yang menang, pada yang kalah cuba lagi pada kejohanan akan datang. Dan terima kasih juga kepada semua AJK yang telah membantu dalam menjayakan kejohanan ini.

Sekian, terima kasih dan salam hormat.

DISEDIAKAN OLEH :

SEKRETARIAT
Kelab TM Selangor Cawangan MSC
Sesi 2009-2011

January 16, 2010 Posted by | Biro Sukan, TM MSC | Leave a comment

~ Majlis Tazkirah dan Solat Hajat Sempena SPM/STPM 2009

12 November 2009

Surau Al-Falah, Kompleks TM Cyberjaya

Pada 12 November 2009, Rabu bertempat di Surau Al-Falah, satu Majlis Tazkirah dan Solat Hajat Sempena Peperiksaan SPM & STPM 2009  telah dianjurkan oleh pihak Biro Pendidikan & Intelektual, Kelab TM Selangor Cawangan MSC dengan kerjasama daripada Pihak AJK Surau Al-Falah, TM Cyberjaya. Ianya adalah terbuka kepada semua ahli Kelab TM MSC khususnya dan kakitangan TM MSC amnya.

Pihak Biro juga telah menjemput Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman selaku penceramah bagi menyampaikan Tazkirah serta memimpin para jemaah dalam menunaikan Solat Hajat.  Tajuk Tazkirah yang telah disampaikan oleh beliau ialah ‘Panduan Pendidikan Ibu Bapa dalam Membentuk Generasi Muda.’

  • Menambah pengetahuan ilmu agama.
  • Memanfaatkan pengetahuan yang diterima.
  • Mengadaptasikan melalui pembelajaran di tempat kerja dan di mana sahaja.
  • Berkongsi pengetahuan yang diperolehi.
  • Mengeratkan hubungan silaturahim dikalangan anggota TM.
  • Sebagai dorongan untuk memotivasikan anak-anak dan keluarga.
  • Sebagai motivasi untuk meningkatkan prestasi kerja dikalangan anggota.
  • Memupuk ummah bagi meningkatkan kepercayaan dan keyakinan kepada Allah s.w.t.
  • Menambah pahala. 

Pihak Biro juga telah menyediakan makan tengahari kepada para jemaah yang hadir. Seramai lebih kurang 80 anggota TM / ahli Kelab TM MSC yang telah hadir ke majlis ini.

Aktiviti-aktiviti yang dirancangkan memang memerlukan peruntukkan yang sewajarnya memandangkan amal jariah tidak boleh dijualbeli. Keberkatan dari aktiviti ini sedikit sebanyak dapat menambah pengetahuan disamping memupuk silaturrahim sesama insan.

Sekian, salam hormat.

DISEDIAKAN OLEH :

SEKRETARIAT
Kelab TM Selangor Cawangan MSC
Sesi 2009-2011
 

 

 

January 16, 2010 Posted by | Biro Pendidikan & Intelektual, TM MSC | Leave a comment

~ Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat TM MSC / Cyberjaya 2009

8 Oktober 2009

Kawasan Letak Kereta, Kompleks TM Cyberjaya.

Buat julung-julung kalinya, TM MSC telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya di Peringkat TM Cyberjaya untuk setiap anggota yang berkhidmat di TM MSC Business Area dan di sekitar Kompleks TM Cyberjaya sendiri. Objektif majlis ini diadakan adalah bagi mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan anggota TM di kawasan ini di mana jangkaan keseluruhan anggotanya kini mencecah 1 ribu anggota. Penyediaan majlis ini adalah dijalankan secara ‘collective’ di mana setiap Anak Syarikat / Unit / Kelab yang beroperasi di kawasan ini bekerjasama dalam menyediakan juadah untuk ke semua anggota yang hadir. Pertandingan Gerai Tercantik juga telah diadakan dan dimenangi oleh Unit Customer Service Management (CSM), MSC.

   

Gerai CSM                                          Sesi Penyampaian Hadiah Gerai Tercantik

Kelab TM Selangor Cawangan MSC juga tidak terkecuali dalam mengambil bahagian dengan menyediakan juadah Murtabak Daging.

   

Gerai Kelab TM MSC                                                                 Murtabak Daging

* Hiasan kami ala kadar je…tak sempat nak berhias beria-ria..apa-apa pun thanks pada mereka yg telah membantu menghias gerai Kelab TM MSC yang tak seberapa itu…^_^* 

Antara mereka yang membantu di gerai Kelab TM MSC :

     

Terima kasih kepada semua yang telah membantu pada hari tersebut.

* Gambar ihsan daripada En Faizul Transmission dan Kelab TM MSC sendiri.

Sekian, salam hormat.

DISEDIAKAN OLEH :

SEKRETARIAT
Kelab TM Selangor Cawangan MSC
Sesi 2009-2011
 

January 16, 2010 Posted by | Sekretariat, TM MSC | Leave a comment

~ Kejohanan Ping Pong Tertutup TM MSC 2009

16 Mei 2009

Ruang Legar, Kompleks TM Cyberjaya

Pada 16 Mei 2009, Biro Sukan Kelab TM Selangor Cawangan MSC telah menganjurkan satu Kejohanan Ping Pong Tertutup TM MSC 2009 yang bertujuan bagi mencungkil bakat-bakat baru dari area MSC bagi mewakili Kelab Cawangan ke Kejohanan Ping Pong KTMS yang akan diadakan pada 21 Jun 2009.

Kejohanan terbuka kepada 3 kategori iaitu :

1. Perseorangan Lelaki      : 52 orang peserta

2. Beregu Lelaki              : 30 pasangan bergu

3. Perseorangan  Wanita  : 4 orang peserta

 Berikut merupakan pecahan jumlah penyertaan mengikut unit :

 

TOTAL      
  SINGLE DOUBLE PESERTA
IPNOC 16 13 18
R&D 5 4 6
ANOC/RNO/SRM 7 4 9
SAC 12 14 17
MSC 16 25 30
TOTAL 56 30 80
       

Yuran yang dikenakan adalah seperti berikut :

* Perseorangan : RM 5 (Ahli), RM 7 (Bukan Ahli)

* Beregu          : RM 10 (Ahli) , RM 14 (Bukan Ahli)

Berikut disertakan nama pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan :

Perseorangan Lelaki

JOHAN : EN KASSIM MOHAMED
NAIB JOHAN : EN AZMAN MUHAMAD
TEMPAT KETIGA : EN MOHD REZADZUDIN HASSAN
TEMPAT KEEMPAT : EN SAIFULZAMAN JAAFAR

Berbagai hadiah disediakan oleh pihak penganjur termasuklah cabutan bertuah. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Presiden Kelab Cawangan, iaitu En Rozlan Mohamed. Sambutan yang diterima daripada para anggota amatlah menggalakkan.

Semoga aktiviti ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang. Tahniah kepada mereka yang menang, yang kalah cuba lagi pada tahun akan datang.

Sekian, Salam Hormat & Terima Kasih.

DISEDIAKAN OLEH :

SEKRETARIAT
Kelab TM Selangor Cawangan MSC
Sesi 2009 – 2011
 

December 13, 2009 Posted by | Biro Sukan, TM MSC | Leave a comment

~ Mesyuarat Agong Dwi-Tahunan Kelab TM Selangor Caw MSC Sesi 2009-2011

Tarikh     : 19 Mei 2009

Masa         : 11 pagi

Tempat  : 1st Floor, Right Wing, Kompleks TM Cyberjaya

NOTIS MESYUARAT AGONG DWI TAHUNAN KELAB TM MSC 2009-2011

Mesyuarat Agong Dwi Tahunan kali ke-3 Kelab TM Selangor Cawangan MSC (AGM KTM MSC) telah diadakan pada masa dan tarikh seperti di atas. AGM ini diadakan adalah selaras dengan peruntukan Pelembagaan Kelab TM Selangor yang mana TM MSC merupakan salah satu daripada 9 cawangan yang bernaung di bawah kelolaannya.

AGM KTM MSC ini telah dirasmikan oleh En Rozlan Mohamed, Pengurus Besar Negeri merangkap Presiden Kelab TM Selangor Cawangan MSC dan telah dihadiri oleh seramai 55 orang ahli. Bendahari Kehormat Kelab TM Selangor, En Muhammad Iqbal Johari juga telah hadir sebagai wakil pemerhati daripada Kelab induk, Kelab TM Selangor ke mesyuarat tersebut. Mesyuarat diteruskan dengan pembentangan laporan-laporan aktiviti yang telah dijalankan sepanjang sesi 2007-2009 yang lalu oleh ketua biro masing-masing. Berikut disertakan laporan aktiviti yang telah dijalankan sepanjang sesi 2007-2009 :

LAPORAN AKTIVITI KELAB TM SELANGOR CAWANGAN MSC SESI 2007-2009

Selain daripada pembentangan laporan-laporan aktiviti bagi tempoh 2007-2009 serta laporan kewangan yang lalu, pemilihan jawatankuasa baru bagi sesi 2009-2011 telah diadakan dan berikut merupakan keputusan pemilihan seperti yang telah dijalankan :

PRESIDEN (tidak dipertandingkan – Lantikan oleh Presiden Induk, Kelab TM Selangor

  • En Rozlan Mohamed

TIMBALAN PRESIDEN

  • En Ahmad Zamri Hashim (menang tanpa bertanding)

NAIB PRESIDEN (4 Jawatan)

  • En Saiful Bahri Maliki29
  • En Azhari Abu Bakar  23
  • En Azman Md Nor       – 31
  • Pn Rose Azlin Alias     – 29
  • Pn Hasdarinar Hassan     – 17
  • En Mamat Lailani   – 13

SETIAUSAHA KEHORMAT (tidak dipertandingkan – Lantikan oleh Presiden Cawangan, Kelab TM MSC

  • Pn Mazuin Zainal Abidin

PENOLONG SETIAUSAHA KEHORMAT ( 1 Jawatan)

  • Cik Maizatul Akhmar Mohd Isa (menang tanpa bertanding)

BENDAHARI KEHORMAT (1 Jawatan)

  • En Hairulazmi Abdul Manaf (menang tanpa bertanding)

PENOLONG BENDAHARI KEHORMAT (1 Jawatan)

  • En Saifulzaman Jaafar  (menang tanpa bertanding)

AHLI JAWATANKUASA  (7 Jawatan)

  • En Mohd Rehan Abdul Rahman – 34
  • En Tuah Mohamed – 28
  • En Kassim Mohamed – 28
  • Tn Hj Ghazali Karibon – 38
  • En Hamizul Abu Bakar – 30
  • Pn Norhayati Ishak – 33
  • Cik Siti Zufarina Zulkupli – 30
  • Cik Suriah Md Thani – 24
  • En Mamat Lailani – 22
  • En Khairul Fathi Md Zain – 27
  • En Azril Zulkifli – 18

JURUAUDIT ( 2 Jawatan)

  • Pn Haslinda Md Nor – 28
  • Cik Suriah Md Thani – 25
  • En Abu Warsi – 20
  • En Khairul Fathi – 15

AGM KTM MSC kali ke-3 telah berjaya disempurnakan pada jam 12.30 tengahari dengan selepas itu semua yang hadir dijemput untuk menikmati jamuan makan tengahari yang telah disediakan.

Nota : Terdapat 3 AJK Lantikan yang telah dilantik pada susualan Mesyuarat Exco Kelab TM MSC kali pertama dan mereka terdiri daripada ;

  • En Mamat Lailani
  • En Mohd Ismail Hashim
  • Cik Siti Farashidah Othman

Sekian, Terima Kasih dan Salam Hormat,

DISEDIAKAN OLEH :

SEKRETARIAT
Kelab TM Selangor Cawangan MSC
Sesi 2009-2011

December 13, 2009 Posted by | Sekretariat, TM MSC | Leave a comment

~ Majlis Apresiasi Kelab TM MSC

5 Februari 2009

Kelab Tasik Putrajaya

Majlis Apresiasi Kelab TM Selangor Cawangan MSC telah diadakan bertempat di Kelab Tasik Putrajaya. Tujuan majlis tersebut adalah bagi meraikan ahli-ahli jawatankuasa (AJK) Program Hari Keluarga TM MSC 2008 yang telah bertungkus-lumus bagi menjayakan program tersebut pada 17 Januari 2009 yang lalu. Selain daripada itu ia juga diadakan bertujuan meraikan Majlis Perpisahan Presiden Kelab TM Selangor Cawangan MSC, En Zulkapli Mustafa yang juga Pengurus Besar Jualan TM MSC yang akan bertukar ke bahagian lain. Seramai kira-kira 70 orang AJK telah hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Berbagai juadah makan tengahari disediakan bagi para hadirin menjamu selera. Majlis ini telah dihadiri oleh tetamu VIP iaitu En Hawari Musa selaku Setiausaha Kehormat dan En Muhammad Iqbal Johari, Bendahari Kehormat dari Kelab TM Selangor.

Meja VIP

Antara Tetamu VIP yang hadir

Dan sebagai kemuncak acara, sesi penyampaian penghargaan telah diberikan kepada AJK yang hadir. Tidak dilupakan, sesi penyampaian hadiah penghargaan sebagai tanda terima kasih dan perpisahan kepada Presiden Kelab TM Selangor Cawangan MSC mengiringi penutupan majlis pada hari tersebut.

Sesi Penyampai Penghargaan Kepada AJK
Penyampaian Hadiah Penghargaan sebagai Tanda Terima Kasih
kepada Presiden Kelab TM MSC

Lain-lain gambar  : Album Majlis Apresiasi TM MSC

Sekian, Terima Kasih dan Salam Hormat,

DISEDIAKAN OLEH :

SEKRETARIAT
Kelab TM Selangor Cawangan MSC
Sesi 2009-2011

December 6, 2009 Posted by | Sekretariat, TM MSC | Leave a comment

~ Hari Keluarga TM MSC 2008

17 Januari 2009

Wet World, Shah Alam

Setelah bekerja keras dan bertungkus-lumus, akhirnya pada 17 Januari 2009 yang lalu, Kelab TM Selangor Cawangan MSC dengan kerjasama semua unit pengurusan di kawasan MSC telah berjaya menjalankan program  ’Hari Keluarga TM MSC 2008’ yang bertempat di Taman Tema Air Wet World, Shah Alam. Ia telah dirasmikan oleh En Zulkapli Mustafa, Pengurus Besar Jualan, TM MSC merangkap Penasihat Program pada jam 9.15 pagi  dengan diiringi oleh tetamu VIP , En Muhammad Iqbal Johari, Bendahari Kehormat Kelab TM Selangor dan juga Pengurus Besar SAC, Tuan Hj Salleh.

Pengurus Besar TM MSC

Seramai 171 orang Anggota berserta dengan ahli keluarga masing- masing telah hadir ke program ini. Pelbagai acara menarik telah disediakan, antaranya poco-poco, sukaneka (dewasa dan kanak-kanak) serta 100 hadiah cabutan bertuah. Sebagai kemuncak acara, 5 hadiah cabutan bertuah utama telah diberikan kepada para anggota yang terpilih.

  
Hadiah-Hadiah Cabutan Bertuah

Sekitar acara poco-poco pada Hari Keluarga TM MSC 2008

Program berakhir pada jam 2.00 petang.

* Terima kasih kepada semua anggota TM MSC terutama kepada ahli jawatankuasa yang telah dilantik daripada unit masing-masing kerana telah menjalankan tugas dengan baik sekali. Diharap kerjasama seperti ini dapat dikekalkan untuk melaksanakan program Hari Keluarga yang akan datang.

Lain-lain gambar  : Album Hari Keluarga TM MSC 2008

Sekian, Terima Kasih dan Salam Hormat,

DISEDIAKAN OLEH :

SEKRETARIAT
Kelab TM Selangor Cawangan MSC
Sesi 2009-2011
 

November 22, 2009 Posted by | Biro Kebajikan & Sosial, TM MSC | Leave a comment